Saturday, May 15, 2010

My Yellow Book

Pengenalan MY YELLOW BOOK
Sukacita dimaklumkan bahawa My Yellow Book adalah hasil kajian dan pengalaman mengajar Pn.Norhaizan bt Mahussin selama lebih 27 tahun di kawasan pendalaman Pahang dan Terengganu.
Untuk pengetahuan anda buku ini adalah;
1. Buku rujukan dan mengandungi 'grammar' yang telah disusun secara sistematik dan mudah difahami.
2. Sesuai untuk semua pelajar dari tahun 3 hingga ke peringkat sekolah menengah.
3. Membantu pelajar untuk menulis esei dengan mudah dan berkesan.
4. Membantu pelajar dari tahun 3 hingga ke tahun 6 memperkayakan perkataan-perkataan
di dalam Bahasa Inggeris.
Sehubungan dengan itu, sokongan tuan/puan amatlah di alu-alukan demi membantu pelajar-pelajar terutama dari luar bandar meningkatkan kemahiran belajar Bahasa Inggeris.